Ohh Rakan-rakan kuu (︶ε︶メ)

Monday, February 14, 2011

Mari Kita Senyum..

ICE CREAM


Disebuah jalan raya telah berlaku kemalangan.seorang penjual ice cream telah di langgar lari oleh sebuah bas.orang2 ramai berkerumun nak tolong.ada seorang polis datang,dan langsung tanya..ada apa pak?? Selamba je penjual ice cream yg sudah berdarah2 tu cakap.ada NANAS,COKLAT,STROBERI DAN VANILLA.




Arnab & Kura2

pada suatu hari arnab dan kura2 nak berlumba.so diorang tetapkanlah hari yang sesuai.setelah tiba hari tersebut mereka 
pun bersedia untuk berlari......dan pengadilnya ialah beruk.

beruk   : ok!!ke garisan!!sedia!!!mula!!!!!!!!!!

so mereka pun start lari.......

arnab  : aku takkan tertidur lagi!!!!!!aku akan menang!!!!!

setelah berlari selama sejam akhirnya pemenangnya ialah kure2! tetapi sang arnab masih tak kelihatan.....so diorang
pun tunggu la.tunggu punya tunggu dah sampai malam.barulah kelibat sang arnab kelihatan.....

kura2 : oit!!ko gi mana hah??lambat gila!!!

arnab : sorilah bro...huh!huh!aku kena saman speed trap tadi.tu yang lambat tuh!huh huh!

Hari Jadi

Sewaktu Bhaihaqi berjalan-jalan di sebuah pusat membeli belah, datang seorang peminta sedekah menadah tangan depannya. Kerana merasa kesian, Bhaihaqi dengan rela hati menderma sebanyak RM1 kepada pengemis tersebut. Ketika hendak berlalu pergi, tiba-tiba Bhaihaqi dipanggil oleh pengemis itu "Ini nak, saya pulangkan 30 sen," kata pengemis itu sambil memulangkan duit kepada Bhaihaqi 30 sen. "La....kenapa pak cik pulangkan saya 30 sen ni?" tanya Bhaihaqi kehairanan. "Oleh kerana hari ini hari jadi saya, maka saya memberi Discount 30% kepada penderma" Jawab pak cik tu tanpa rasa bersalah


Nama ku

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak... Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri... . 

Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!" 
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah" 
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata, 
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku." 
Suami : "Namaku Irsyad.. tapi... . semua orang memanggilku Aisyah... ." 
Like la blog ni , Cool-cool selalu :D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...